TEKANLAH..

Saturday, October 20, 2012

Honda Future Baru Kini Milikku..

As salam & good morning to all readers..actually skarang baru ada peluang nk cerita tentang motor baru aku. Sebenarnya dah hampir sebulan aku beli. Ni aku belanja skit gambar terbaru motor aku..

No plat KDH 8189..memang no plat yg aku idamkan selama ni..'KDH' for KEDAH and 8189 tue no kegemaran aku merangkap DOB aku..memang kena la..n berbaloila aku balik ke negeri kelahiran aku utk dapatkan no plat ni..total semua beratus jgak habis..tp no ni punya pasal..apa da hal..haha..

Sekarang ni tgah dok pikir camna nak mekap buah hati baru aku ni biar nampak cun skit atas jalan nanti..hohoho..maybe kena letak sticker skit kat dada depan tue..hmmm....still thinking....tggu aku update nanti..chow.......!!!!

Sunday, September 9, 2012

Jawatan Kosong di Shah Alam

As salam bloggers..cuma nak share iklan jawatan kosong..spt yg tertera..

-Customer Service Representative(min SPM)
-Telesales Representative(Min SPM)
-Account Assistant (At least Diploma in related field)

Lokasi di Seksyen 15, Shah Alam..

Sesiapa yg berminat sila email resume ke raqieb@nationwide2u.com

Wednesday, July 18, 2012

Honda Future Baru Dari Honda

Salam readers, baru tadi aku menjengah ke website boonsiew honda nak tengok kot2 ada model baru..
Bukak2 ni dia memang ada...

memang terbaikla dari segi specs..siap boleh letak helmet kat dalam..dah selamat helmet xkena curi..hehehe


Ok..memang puas hati ..berbaloi untuk dimiliki..untuk maklumat lanjut lawati http://www.boonsiewhonda.com.my/product_future_ciri.html#

esok nak gi tgok kat kedaila..hehe..chiauww..

Sunday, July 8, 2012

Pengalaman bersama Proton Preve

Salam readers, Alhamdulillah masih bernafas lagi hari ni, tiba-tiba terdetik pulak nak kongsi tentang pengalaman aku naik keta Proton Preve minggu lepas..hehe..

Ni la Proton Preve yang dimaksudkan..kepunyaan sorang member aku ni..dia beli yang High Specs punya..first time aku duduk dalam keta ni rasa mcam agak simple dia punya dashboard n internal agak luas..tapi satu komen yang xberapa memuaskan hati aku adalah kualiti dalam internal parts yang agak kurang..lepas ni Proton perlu meneliti vendor2nya yg membekalkan barang2 internal ni..bukan apa..ni untuk kepuasan pelanggan jugak..itu komen ikhlas dari aku..

Tapi dari sudut luaran(external) memang menawan hati aku terutama design di bahagian depan..mcam forte n BMW pun ada,Audi pun ada...hehe...lebih kurangla..

Itu dari segi reka bentuk..untuk performance pulak...aku memang salut kat proton..enjin 1.6L Cfe dgn ditambah turbo,memang memberi kuasa yg memuaskan hati terutama di lebuhraya..terasa macam naik keta sport sekejap..haha..

Yang ni plak dibahagian belakang..design lampu tue macam xbrapa ngam dgn keluasan bontot keta ni..kalau diperbesarkan sikit lagi ok gamaknya..haissshh

Tapi apa2 pun tahniah buat Proton sebab ramai dah yang beli keta ni..banyak aku nampak kat jalan yang menyusur laju..P/S:semalam kebetulan ternampak pulak Preve yg dimodified dari luar...terasa minat pulak untuk beli 1..hehe..ok Salam.:)

Sunday, June 17, 2012

Jerebu di Lembah Klang

Salam readers, 2,3 hari ni jerebu kembali melanda lembah klang dan kalau tak silap last skali berlaku thun lepas..2011..apakah penyebabnya? First skali kalau kita google, punca utama adalah disebabkan pembakaran hutan kat sumatera(kalau tak silap), ada juga berita tentang hutan terbakar kat Banting dsb. Yang paling penting, Indeks Pencemaran Udara(IPU) dah meningkat kepada tahap tidak sihat.Kita bleh tgok sendiri contohnya keadaan jerebu kat Shah Alam nie...

Matahari pun dah xnampak..memang teruk betul jerebu ni..suasana suram ja kat flat aku ni..nak keluar jogging pun malas..

Ni lagi satu gambar..diambil pada 16 Jun 2012 iaitu semalam..(amik time bawak moto..hehe)

Keadaan hari ni..17 Jun 2012, hujan di pagi hari menyebabkan langit kian kelihatan..Alhamdulillah..hujan rahmat di pagi hari..tapi petang tadi kembali jerebu seperti biasa..Harap2 malam ni hujan la lagi..semoga esok hari yang cerah akan menanti..:)

Pekena Ayam Mandeley Dulu

Salam all readers, harini saja nak upload pic ayam mandeley yang boleh buat anda semua terliur..haha..ini dia..

Ayam Mandeley bersama nasi dan roti arab di bawahnya...sangat puas hati..kenyang sampai tak ingat dunia..hahaha

Lokasi di Restoran D'Arab berdekatan Giant Seksyen 7 Shah Alam, harga amatlah berbaloi..20++ untuk 2 atau 3 org makan..memang puas hati..makan ramai2 dgn family lg best..makanan arabla katakan..comfirm puas hati..kenyang dan sedap..


Kesimpulannya kalau dah bosan makan KFC or McD, blehla cuba nie..hehe..Selamat Mencuba:)

Sunday, June 10, 2012

Yamaha Lagenda 115Z dan 115ZR Kini Lebih Ranggi

Salam all readers..baru-baru ni..yamaha motor telah mengeluarkan edisi terbaru Yamaha Lagenda 115Z dan 115ZR.Ia tampil dengan design grafik yang agak menarik daripada sebelum nie..terasa mcm nak angkat sebijik pulak..hehe..apa2 pun kita tengok camna design baru dia..
 Nmpak cool ja tgok..
 Warna Biru Air Laut
Warna Merah yang garang..hehe
 Warna Hitam dan Putih
Haaa..yang ni warna yang paling aku minat..Biru tua dan Putih..Smart dowh! cam mau angkat sejibik..hehe
Dapatkan info2 menarik disini http://www.arenakereta.com/09/06/2012/yamaha-115z-115zr-baharu-kini-dengan-corak-grafik-lebih-sporty/

Saturday, June 9, 2012

No Plat WWW sekarang!

Salam all readers..bagi yang meminati no plat WWW , sila beli kenderaan anda sekarang..mungkin anda masih berkesempatan lagi..hehe..sila rujuk laman web jpj untuk maklumat lanjut..klik kat sini http://portal.jpj.gov.my/index.php?option=com_wrapper&view=wrapper&Itemid=20&lang=ms


PerakAHX9074
SelangorBLS4011
PahangCDA8620
KelantanDCB2743
JohorJNQ7959
KedahKDF5163
LangkawiKV1952D
LabuanLD3291
MelakaMCF167
N SembilanNCR4838
Pulau PinangPKQ3515
KuchingQAA7320B
Sri AmanQBB2634
K SamarahanQCC4051
LimbangQLA6274
MiriQMT1742
KapitQP7050
SarikeiQRG4615
SibuQSW5864
BintuluQTJ6641
PerlisRK1518
Kota KinabaluSAB9125J
BeaufortSB5295B
Lahad DatuSD9046H
KudatSK1810A
SandakanSS3728R
TawauST5807R
KeningauSU6997B
TerengganuTBG1931
Kuala LumpurWWW4265

Tuesday, April 24, 2012

Menghitung Hari..

As-salam to all..
Dah lama aku xupdate blog..bz dgn kejala katakan..hohoho..skarang ni aku tgah meniti hari-hari terakhirku dalam ofis GAMSB nie..
Setelah 6 bulan bekerja, banyak aku belajaq..trima kaseh utk smua akak2 n abg2 yg semuanya happening..
Banyak suka-duka kat sini..sedih jgakla nk berpisah..
Anyway apa boleh wat..xda rezeki kat sini..terima sajalah..
Next week aku dah mula keja kat tempat baru..harap2 lebih baik dari skarang..Amin..:) Doakan aku ya..(klu ada yg bacala..hehe..)
Sedih,keciwa semua ada..tapi hidup kena enjoyyy!!!!hahaha..Sekian..